Selasa, 23 Februari 2021

JENIS-JENIS KAPAL LAUT

Ada banyak jenis kapal laut kat dunia ni sebenarnya. Setiap jenis kapal ada fungsi dan peranan masing-masing.

Kapal laut terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
1. kapal dagang
2. kapal penumpang 
3. kapal offshore 
4. kapal ikan

Lebih besar dan panjang sesebuah kapal tersebut, lebih banyak crew yang diperlukan untuk membolehkan sesebuah kapal tu beroperasi dengan lancar.

Jom kita kenal kapal-kapal laut tersebut

1. KAPAL DAGANG
- bawa muatan atau cargo dalam bentuk cecair iaitu minyak, chemical, gas dan bijirin.
- kapal paling besar dan panjang
- paling ramai crew diperlukan
- belayar dari satu port ke port yang lain

2. KAPAL PENUMPANG
- dikhaskan untuk membawa orang seperti kapal Cruise dan Ferry
- ada yang kecil, ada juga yang besar
- boleh juga membawa cargo tetapi dalam kuantiti yang kecil

3. KAPAL OFFSHORE (Luar Pesisir)
- khusus untuk menjalankan aktiviti di sekitar pelantar minyak dan gas
- boleh juga membawa penumpang dan cargo bergantung kepada saiz
- belayar dari base ke tengah laut atau luar pesisir (offshore installation)
- saiz yang lebih kecil dan pendek berbanding kapal dagang

4. KAPAL IKAN
- khusus untuk aktiviti menangkap ikan dan hasil laut yang lain
- saiz kapal paling kecil di antara jenis-jenis kapal
- juga dikenali sebagai bot ikan

Setiap jenis kapal juga mempunyai had pelayaran yang berbeza. Ada yang boleh belayar melepasi laut lepas dan sebaliknya.

Jadi janganlah kita ingat semua jenis kapal tu sama je sebab setiap jenis kapal tertakluk dengan undang-undang laut yang berbeza-beza.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan