KAT ATAS ADA BERAPA DEPARTMENT?"
Organisasi di atas kapal terbahagi kepada 3 department iaitu :
1. DECK DEPARTMENT
2. ENGINE DEPARTMENT dan
3. CATERING DEPARTMENT.
DECK DEPARTMENT sesuai untuk mereka yang sukakan kerja2 lasak, tahan panas dan tahan sejuk. Skop kerja di bahagian ini lebih kepada melaksana operasi sesebuah kapal.
ENGINE DEPARTMENT adalah sesuai bagi mereka yang suka menggodek-godek sesuatu seperti membuka, memasang dan memodifikasi sesuatu jentera atau mesin. Bergelumang dengan kotoran minyak dan kerja-kerja maintenance di bahagian engine room.
CATERING DEPARTMENT untuk mereka yang mempunyai kemahiran dan pernah ada pengalaman memasak untuk orang lain.
Anda hanya boleh pilih salah satu bahagian saja untuk bekerja di atas kapal.
Kalau diberi pilihan, anda pilih DEPARTMENT yang mana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan