Sabtu, 2 Januari 2021

"Daripada kecil teringin nak kerja kapal. Tapi tak tahu la sesuai ke tidak."

Nak tahu sesuai ke tak, cuba semak 10 tips asas kat bawah ni sebelum nak kerja atas kapal :


1. Sekurang-kurangnya 18tahun dan ke atas.

2. Mempunyai minat yang mendalam untuk kerja kapal.

3. Sanggup berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang lama.

4. WAJIB menjalani latihan keselamatan dan kursus asas untuk naik kapal.

5. Boleh menerima dan memahami arahan dengan baik daripada orang atasan.

6. Boleh bertutur dengan baik. Boleh memahami dan bertutur dalam bahasa inggeris adalah satu kelebihan.

7. Sihat tubuh badan dan tiada sebarang penyakit kronik.

8. Bebas daripada gejala dadah dan alkohol.

9. Mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang lasak.

10. Mempunyai sifat ingin belajar dan sifat ingin tahu yang tinggi.

P/S : Ada banyak lagi sebenarnya daripada yang tersenarai di atas selain daripada kena tahan 3M iaitu tahan maki, tahan mabuk laut dan tahan marah 🤣

Jumaat, 1 Januari 2021

APA ITU FOREIGN GOING VOVAGE?

FOREIGN GOING : Apa itu Foreign Going Voyage?

Bagi kapal yang berdaftar sebagai Foreign Going Voyage, tiada had pelayaran bagi sesebuah kapal tersebut.

Maka kapal yang berdaftar sebagai Foreign going voyage dibenarkan belayar ke seluruh pelusuk dunia tanpa had termasuk di semua benua yang ada dunia iaitu di benua Asia, benua Eropah, benua Afrika, benua Australia, benua Amerika dan benua Antartika.

Had pelayaran ini merangkumi di semua permukaan air, termasuk sungai-sungai yang boleh dilayari oleh kapal-kapal.

Anda sangat beruntung jika anda bekerja di atas kapal yang berdaftar sebagai Foreign Going Voyage kerana kapal-kapal jenis ini adalah bersaiz besar dan panjang.

Kapal ini mempunyai bilangan anak kapal yang ramai kebiasaannya tidak kurang dari 25 orang orang bergantung kepada jenis kapal tersebut.

Oleh kerana ramai anak kapal yang diperlukan di atas kapal, maka mungkin saja peluang lebih besar untuk mendapat pekerjaan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perkapalan.

Anda juga sangat beruntung jika bekerja di atas kapal Foreign Going voyage kerana dapat melihat pemandangan yang menakjubkan ketika bekerja di atas kapal Foreign Going Voyage.

Jika anda berpeluang untuk bekerja di atas kapal Foreign Going Voyage, anda juga berpeluang untuk menikmati pelbagai musim seperti musim sejuk, musim panas, musim luruh dan musim bunga yang tidak pernah ada di negara kita.

Maka saya sarankan untuk anda mengejar cita-cita anda untuk bekerja di atas kapal Foreign Going Voyage kerana banyak pengalaman yang boleh diperoleh dari segi kerja (seamanship) dan gaji pun lebih tinggi berbanding kapal yang Near Coastal Voyage.

P/S : Siapa faham dan berminat dengan kapal jenis ini tolong komen FOREIGN GOING di bawah 😄